Thursday, December 9, 2010

benarkah???


Mana yang lebih mengecewakan :
Cinta anda ditolak setelah anda meluahkan perasaan atau
Anda terlepas cinta kerana terlewat meluahkan perasaan??

Benarkah kata hati???haha kdang2 penin gak nk uat kptsn kn??nk itot rsa ati ker,nk itot pala otak ke,nk itot ckp owg ker an???hmmm sng citer itot jer kta ati…cm aku..ska kta jer ska..kna reject or x blakang kira..hahaha pedulik  r..yg penting da cba..untung2 dpt r pe yg diinginkn..hehhe think positive..skali skala perigi cri timba xpe..bedal jer..(dasar mka xmalu)haha

p/s: cerita dan watak dlm citer ini xda kena mengena dgn yg idup ataupn yg telah mningal dunia apatah lg dgn dri aku yg msih idup ats dnia ni…ayt cilok gmba sndiri..hehe..harap maklum..h.o.l.l.a.n.d...

benarkah kata hati???


Aku bohong lagi
Semalam dia bertanya rasa hatiku
Aku pura-pura rasa keliru
Walhal di hati menjerit suka
Takkan itu pun tak tahu
Gerutu hatiku



Aku bohong lagi
Dia kata dia rindu, dia kata dia sayang
Aku pura-pura tak endah
Walhal di hati menjerit gembira
Takkan itu pun nak beritahu
Getus hatiku


 Aku bohong lagi
Katanya mahu bersiar-siar
Bersama aku sebagai teman
Katanya tenang bersamaku
Katanya dia suka pada aku
Aku buat-buat tak tahu
Walhal di hati menjerit riang
Takkan nak terburu-buru??
Bisik hatiku



Aku bohong lagi
Dia kirimkan sepucuk surat
Wangi sampulnya
Disertakan sejambak bunga mawar
Mekar harum baunya
Aku buat-buat tak mahu
Walhal di hati menjerit suka
Lekas-lekas aku membukanya
Takkanah aku tak mahu
Bisik hatiku



Air mata berguguran laju
Lantas membasahi pipiku
Retak hatiku siapa yang tahu
Katanya dia sungguh kecewa
Katanya dia sudah putus asa
Sukarnya dia memenangi hatiku
Sukarkah aku menerima cintanya??
Walhal dia tak tahu
Sebenarnya padanya aku
Cinta, rindu, sayang, puja,
Rintih hatiku



Aku bohong lagi
Hari ini kulihat dia bersama teman baru
Nampak mesra, nampak bahagia,
Aku pura-pura tak nampak
Sungguhpun di hati menangis pilu
Aku gembira untukmu, walhal hakikatnya
AKU BOHONG LAGI….




So,Mana yang lebih mengecewakan :
Cinta anda ditolak setelah anda meluahkan perasaan atau
Anda terlepas cinta kerana terlewat meluahkan perasaan??





Hati dan cintaku hanyalah satu,
Dan satu itulah hanya untukmu sayang…



No comments:

Post a Comment